Featured Posts

Minnie AjidMinnie Ajidsaya seorang wanita,wifey n ibu.mempunyai 4 orang anak hasil perkawain dengan suami saya iyaitu amirul syafiq arunatheym,saya seorang yang simple dan surirumah sepenuh masa ok tu je.

Readmore

Amirul Syafiq Arunatheym.My hubby ini lah hubby ku.dia seorang yang penyayang tapi tegas,penyabar,baik hati,ringan tulang,peramah dan caring.dia seorang yang simple tidak cerewet,rajin berkerja dan pandai buat lawak.............

Readmore

Mikail Dharma Arunatheym b.Amirul Syafiq Arunatheym, Anak saya yang pertamaMikail Dharmah dia seorang yang active bersukan,dan peramah.rajin dan penyayang. ...

Readmore

yashmeen rihanna tulsi arunatheymyashmeen rihanna tulsi arunatheymanak ku yg kedua.dia seorang yg degil tp pintar dan pandai berdikari.....

nazneen kaisara radha.nazneen kaisara rahda bte amirul syagiq arunatheym ini anak saya yang ke3,baru berumar 6 bulan lebih.dia seorang yang suka senyum dan ketawa.tengok dari gaya ia pun nakal mc, kakak n ababg nya hihi....

Readmore

Ummu Haram Binti MalhanUmmu Haram Binti MalhanUmmu Haram berangan-angan untuk dapat menyertai peperangan bersama mujahidin yang menaiki kapal untuk menyebarkan dakwah dan membebaskan manusia dari peribadatan kepada sesama hamba menuju peribadatan kepada Allah saja. Akhirnya Allah mengabulkan angan-angannya dan mewujudkan cita-citanya....

Readmore

Rss

Monday, November 7, 2011

share dari kawan di dlm facebook~Subahanallah~




nih masa roadblock... tgh panas terik..... tgh2 kereta baris panjang....
terlihat ada seorang hamba Allah SWT sujud pada Yang Maha Esa....
terharu, sebak, sedih..... xkira di mana, sujudlah sebagai tanda kita masih hamba pada-Nya.... terima kasih pada yang ambk pic nih~
subhanallah...
walau di mana anda berada, walau apa jua keadaan sekalipun, rukuk dan bersujudlah kepada Allah SWT, Tuhan yang telah menciptakanmu...

pesan As Syahid Imam Hassan Al Banna:
"apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun..."



(cerita ni saya share dari tuan punya gambar ia itu encik zam sbb dia yang ambik gambar ni hehe)

Rindu blog ku ini.

telah sekian lama x ku jenguk blog ku ini.br hari ni hati ku terdetik untuk membuka nya kembali hehe.siuk jg baca blog ku ni.(syok sendiri lah katakan)lama suda aku x update blog ku ni.nanti2 lah tunggu aku rajin mcm dulu n x buzy mcm dulu baru ku update ko ya blog bye2 blog ku hihi>

Tuesday, February 8, 2011

me n hubby dpt mimpi yg sama pasal x-condo's kami.

 CONDO ARMANEE DUPLEX AT DAMASARA DAMAI

gambar ini di ambil oleh adik ipar ku.dr lobby dekat lif tingkat dua.pemandanggan yg cukup indah.

ini lah x-condo kami semasa tingal di kl.me,hubby n kids sangat suka tempat ini.tenang,cantik,ada tempat playground kanak2,swimming pool tu biasa lah setiap condo n apartment mesti ada swimmimg pool.ada bilik sauna n spa.gym pun ada,cafe,dobi kedai jahit n kedai utk jual2 keperluan org2 di condo tu.siap ada cleaner service n dobi.pendek kan cerita service dkt condo ni mcm service kat hotel jg lah hihihi.sampai laki aku ckp yg aku ni masi byk bill telipon n masi kaya tauki2 di setiap kedai tu n agent cleaner nya hahaha.Tinggal di condo ni memang bestlah anak2 pun happy.yang paling aku n hubby suka condo ni mcm rumah teres.dlm nya ada 2 tingkat sewa pun amat berbaloi xrugi byr sewa nya sbb memang ngam dgn cita rasa kami berdua.di sebab kan condo ini lah kami laki bini dpt mimpi yg sama.bulan lalu aku mimpi pasal condo ni.yg kami laki bini pindah blk ke kl n beli rumah kat condo ni.kami semua happy.family mentua aku pun happy.sbb kami dpt pindah blk kl.hihi tp tu lah dlm mimpi sj.klu btl pun kira ok jg tu hihihihi.jd aku bole lah bersosial blk dgn kwn2 ku jg sekepala dgn aku hihi.pastu bulan ni laki aku pun dpt mimpi yg sama jg pasal condo ni.tp laki aku x bgtau lah apa cerita di dlm mimpi nya tu.yg dia bgtau dia mimpi pasal condo ni n dia sangat suka sama condo ini.dia pun teringin jg duduk blk di condo tu.hihi insyallah klu ada rezeki dpt lah beli condo tu.klu tiada rezeki terpaksa lah kami ni lkai bini berangan2 hahha.Finisti cerita ku.sbb kan rindu condo ni n kwn2 di kl tu.aku menluahkan di blog usang ku ini.bye...........abis.

Tuesday, January 18, 2011

o...wah.....aku di serang resdung.


Paling aku benci kalau aku di serang resdung.ini kali keduan aku mengandung aku di serang resdung.baru klu kena penyakit ni.ada sj yg nda kena.hidung gatal,bersin,hidung tersumbat,kulit muka berkeluaran jerawat sama kadang2 pandai tu tiba2 air hingus mengalir tanpa di sedari.hahaha....Tp yg nda best nya ni.jerawat berkeluaran.biar pun guna product mahal2 nda jg dpt mengubat tu jerawat.sbb resdung ni suka hati nya sj mau serang org.br time aku prengant lah dia mau serang aku.sbb klu org mengandung kono.kita nda bole kasi lari ni resdung sbb klu mkn ubat nanti takut ada efek sama kandungan.adeh....nanti ko resdung aku akan cr jln jg utk kasi lari ko jauh2 dr t aku.wait n c...aku nda tahan suda ni bersin,setiap mlm hidung tersumbat n jerawat berkeluaran.nanti time raya org bermuka licin aku pulak ni bermuka mcm jln yg blm siap tu.resdung2 kenapa lah kau suka serang aku time aku pregnant.i hate it u....................sesiapa yang membaca luahan hati ku pasal resdung ini.sila lah bg  petua2 kamu yg aling hebat itu utk menghilangkan resdung ku ini tanpa mengefek kan kandungan ku TQ.

Thursday, September 23, 2010

PERTEMUAN

                                sherly preety&me

sherly preety,aku kenal dia melalui facebook.cit cat sama dia akhirnya kami terjumpa juga.tu pun masa dia bercuti di labuan.orang nya peramah,comel n suka ketawa hehehe.seronok berkenalan sama dia.tidak sombong dan muda bergaul dengan dia.dia suda berkawin dan anak seorang.hehe

                             nicole funkygirl&me


nicole ada lah sahabat lama ku.lama kami terpisah akhirnya terjumpa jg semasa kami beraya ke rumah nya hehehe.rindu btl sama dia.sbb dia lah sehabat ku yg pernah susah senang dulu.hihi biar pun kami pernah bertengkar tp kami tetap kawan sebab kami suda macam adik beradik.banyak kenangan pahit manis bersama c nic ni hehehe.aku tumpang gembira di atas kebahagiaan yang dia nikmati sekarang ni.insyallah moga2  hidupnya di kunia kan kebahagian dan rezeki dari allah amin.syukur alhamdulillah dia  pun suda berumah tangga tapi belum ada anak.harap2 dia dia dapat anak mcm saya juga hehhe.insyallah amin.love you so much nic.

                            Mayasari Lokman&Me


Mayasari Lokman orangnya cantik macam namanya nya juga.dia ni pun sama macam c sherly preety juga.kenal melalui facebook juga hehehe.selalu bercomment2 dengan dia di dalam facebook.akhirnya terjumpa juga dia.semasa dia buat open house.dia jemput kami sekeluarga beraya di rumah nya.hehe saya sangat gumbira ahkirnya dapat juga bertemu dengan c cantik jelita ini.dan tidak lupa juga berterima kasih sama c nicole sebab dia pertemukan kami berdua heheh thanks nicole love n miss both of u muah...kiss n hugs.


                                       FINISH

Tuesday, September 14, 2010

yahooo...balik kampung



Hari ini raya ke-6 dan hari ini jg kami baru mau balik kampung hehehe.org lain sibuk balik kebandar n tempat kerja.yang kami ni pulak baru  mau balik kampung.tapi aku rasa bukan kami saja yang balik raya-6 di  kampung maybe ramai lagi yang baru dapat beraya di kampung n baru dapat cuti hehe...sementara tunggu jam1 pm.aku mau update dulu blog ku ni.sbb akan di tinggal kan selama seminggu hehe.so dlm seminggu ni blog ku tiada penghuni hahaha.yg ada pun org yg pakai dress oren tu sj huahahha.ok guys x tau mau tulis apa lg sbb aku ni bkn terer mengarang cerita hehe nanti pandai lari skrip ku.doa kan kami sekeluarga selamat sampai ke kampung halaman kami .amin...

Tuesday, September 7, 2010

it's me n my lil gals.

                                      New Pic

Gambar ni di ambik semasa kami nak berbuka puasa dekat hotel tiara labuan bersama family,kawan sekerja hubby,orang2 patronas dan ada lagi lah.x ingat nama company diaorg.memandangkna aku memakai new dress ku.so aku minta ambik gambar sama adik ku hehehe.ni lah jadi nya me n my new dress hehe cantik kan2.cheh perasan sendir.hahahha.tapi yang penting ptg tu hubby ku puji yang wifenya tetap maintain cute biar pun dah beranak pinak hehe...i likeeeeeeeeeeeeeeee..:)

Monday, September 6, 2010

Kerang atas darah babi

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.


KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit. 

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

so bagi kaum muslim kena berhati-hati kalau nak beli bahan2 mentah di pasar. perhatikan dulu di sekeliling anda.takut2 nanti terjadi seperti berita di atas ni.

Saturday, September 4, 2010

Hati yang patah.


Aduiiyaiii.....ni lah rupa sunglasses kesayanagan ku yang telah di patah kan oleh anak ku yang no2.adui....sakit hati dan mau marah.tapi suda tiada guna sebab suda patah.lagi pun bukan salah nya juga tapi salah ku sebab letak sembarangan.aku snap gambar ni buat ku kenang-kenangan.sebab aku tau x dapat beli lagi ni sun glasses hehe.kalau laki ku tau mesti dia marah.sebab barang yang di beli x pandai di jaga bagus2 hihi.tapi lama2 dia tau juga tu.sebab kalau aku mau beli yang baru kena minta duit dari nya juga haha.harap2 dapat pujuk minta beli yang baru.sebab suda mau masuk 4 tahun aku pakai sunglasses tu baru sekarang ia patah hihi.walau apa2 pun aku tetap sayang sunglasses Giorgio Armani ku.tinggal kenangan macam tajuk lagu c saleem.

Thursday, September 2, 2010

Lotion Renew intensive skin therapy.

MELALEUCA RENEW SKIN

RENEW INTENSIVE SKIN THERAPY

CLINICALLY PROVEN MOISTURIZING LOTION
Heals & Prevents Even the driest Skin.
Provides Immediate & Long-Lasting Relief
Leaves Skin Softer & Healthier



RENEW

The Only Dry Skin Therapy You'll Ever Need
Renew is clinically proven solution for softer.smoother,healthier skin.Renew's exclusive,non greasy formula provides faster,better and long lasting relief from severely dry skin the leading dermatilogist-recomended lotion.

Fas-Absorbing,Long-Lasting Relief
Going beyond temporary moisturization,renew,delivers long-lasting relief from dry,rough or irritated skin and uncomfortable chronic skin conditions,By helping your skin attract retain more moisture,renew heals,protects and prevents even the driest skin.

my comment

this is the best lotion ever.
Renew is probably one of the best lotions on the market, and its with Melaleuca, which makes it even better, since its good for the environment! I love Renew lotion, and it's got a very nice, fresh scent, not overwhelming at all. It has a light smell of baby lotion, a well-liked aroma by most. It's not greasy, and it doesn't leave your skin sticky whatsoever. Its all moisture. actually I have dry peely hands from washing them  and my feet are cracked . I have used cocoa-butter,baby oil, and other lotions but I had to keep applying them and were messy. my brother in law  give me the lotion Melaleuca and ask me to try the product. . I am very pleased with this product because it not only healed my skin fast and kept it soft and smooth, it lasted a long time. I also love it because it is non- greasy and is safe to use on my 3 kids. for those I highly recommend this product sangat bagus dan cepat berkesan.

Wednesday, September 1, 2010

bertudungkan blanket baby

                                Blanket baby

 Gara-gara nda tahan mendengar suara anak ku menangis.sebab dia nda sabar mau keluar dari rumah.aku terlupa pakai tudung.adeh....sampai mcm tu sekali aku buli terlupa pakai tudung.patut lah lain2 ja muka jiran ku tgk aku keluar td.hahaha.nasib baik ada blanket c nazneen bikin ku tutup rambut ku.kalau nda terpaksa juga aku buat U-turn ambik tudung ku biar pun suda jauh dari rumah.sebab nda bagus nanti cikgu-cikgu anak2 ku nampak aku nda pakai tudung,nanti durang ingat aku buang tebiat sebab nda pakai tudung sama malu  ba aku di nampak rambut ku yang nda mengoda suda ni.hahahahha dan nasib baik sekali aku sampai di sekolah anak2 ku nda ramai orang suda di tadika tu.jadi cepat2 lah aku suruh anak2 ku masuk di kereta supaya nda ramai orang nampak aku pakai tudung sama blanket hehe.abis......

Sunday, August 29, 2010

trials Wit set ST

                              Set Sendayu Tinggi

Set pencuci muka sendayu tinggi ini d beli oleh my sister iya itu cik pidai ajid.mula-mula dia yang pakai ini.sbb konon2 nya mau try pakai lah hehe mau tukar pencuci muka baru lah.sebab pencuci muka nya yang dia oder dari semananjung tu ingat kan orang tu tidak hantar dan ingatkan dia suda kena tipu so itu yang dia beli ni set ST ni.tp set sendayu tinggi ini tidak sesuai dengan kulit muka nya huahuahua.abis berkeluaran jerawat d muka nya haha.so dia bagi dekat aku.than aku pun try lah.hehe  dah dua hari aku memakai nya so far kulit muka ku tiada masalaah.macam berseri-seri pula d tengok hehe perasan sendiri.so kalau sesuai sama aku.jawab nya bye-bye Loreal n welcome ST hehehe.mahal pun mahal lah.janji muka aku ok.kalau tidak ok apa susah2 Loreal kan sentiasa ada hehe.ok lets try 1st hopefully OK

Tuesday, August 24, 2010

Selamat hari wanita sedunia

peace be upon u...

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.


Dan dikesempatan ini khas buat mak n mak mentua saya, selamat hari wanita mak&mommy!!! @my mom is Dayang omar,without u, there would be no me and my sisters and my brothers .yr luv, yr attention, yr guidance,have made me who I am.
Without u, I would be lost,wandering aimlessly, without direction or purpose.u showed me the way
to serve, to accomplish, to persevere.
Without you, there would be an empty space
I could never fill, no matter how I tried.
Instead, because of u,I have joy, contentment, satisfaction and peace.
Thank you, mom.I often contemplate my childhood, Mom.I am a mother now, n so I know Hard work is mixed together with the fun.u learned that when u raised me long ago.I think of all the things you gave to me.Sacrifice, devotion, love and tears,Yr heart, yr mind, yr energy and soul--All these u spent on me n my sisters n brothers throughout the years.u loved all of us wit a never-failing love.u gave us strength n sweet security,n then u did the hardest thing of all.u let us separate n set us free.every day, I try my best to be a mother like the mom u were to me.we have always loved u n we always will.....

@my mommy is jasmin mark.thanks for everything.you're more than a mother in law.u're such a blessing mother in law.i'm so greatful for a mother in law like u.u're so thoughful in all that u do.thank u so much for all that u do.i hope someday i can do something for u n same goes to my mom.weeeeee luv u so much mommy.

And for a women outside there,i wanna say a beautiful wish for a special woman.Happy women's day.



Tuesday, August 17, 2010

Baju melayu d perbuat dari bahan2 buangan.

pendekar moden hahaha.ini lah baju d perbuat dari bahan2 kitar semula hasil rekaan dr pada cik rosmadah n puan rosmini hehe.baju ini di pakai oleh anak lelaki puan rosmini utk pertanding baju2 dr bahan kitar semula.wlu pun x menang tp puas hati anak aku terpakai jg baju ini utk pertandingan itu hehe. baju n seluarnya di perbuat dr plastik sampah warna hitam dan tengolok,samping,keris di perbuat dr surat kabar lama n last sekali lis2 baju tu di latak dgn tali rupiah.hehe.atas kerja sama cik rosmadah n puan rosmini maka terhasil lah dia jd begini.yg penting penat mengamnya hahaha.

teats kesukaan anak2 saya.

akhirnya cuping n penyedut hingus untuk anak2 ku terbeli jg.Avent for Yashmeen n MAM for Nazneen.penyedut hingus tu untuk c kecil sbb dia x reti lg mcm mana mau blow tu hingus so terpaksa main hisap.haha time sedut hingus anak ku yg kecil tu.adik ku c pidai n anak2 ku yg 2 org tu mau termuntah sbb geli.padahal durang punya hingus tu lg lah bikin geli hahahahha.

Sunday, August 15, 2010

Lawak


glitter-graphics.com

Bapa simbah asid

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli

bhkt@bharian.com.my
2010/08/16
                                         sebelum
                                        
                                        selepas




NURUL Dahyatul Fazlinda cedera parah di muka dan mata, manakala adiknya, Mohd Irfan Firdaus turut cedera disimbah cuka getah oleh bapa mereka yang mengamuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam. Mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
NURUL Dahyatul Fazlinda cedera parah di muka dan mata, manakala adiknya, Mohd Irfan Firdaus turut cedera disimbah cuka getah oleh bapa mereka yang mengamuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam. Mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Lelaki disyaki penagih dadah naik angin isteri minta cerai

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.

“Siasatan awal mendapati suspek, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang disyaki seorang penagih dadah dan tidak bekerja, marah dengan isterinya yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar di Kuala Berang, kerana menuntut cerai.

“Mereka masih pasangan suami isteri, tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu. Mangsa (Che Ku Zaimah) membawa empat anak mereka berusia antara 10 dan dua tahun berpindah ke rumah ibunya di Kampung Sekayu.

“Bagaimanapun, suspek dikatakan sering ke rumah ibu mentuanya untuk meminta wang daripada mangsa,” katanya.
Katanya, keempat-empat mangsa kecuali Minah yang dibenarkan pulang, masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala dua daripada mangsa iaitu Che Ku Zaimah dan anaknya Nurul Dahyatul tidak mampu bercakap kerana melecur teruk.

Manoharan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serius dan polis kini memburu suspek.

Sementara itu, Minah berkata, menantunya datang ke rumahnya awal pagi semalam untuk meminta wang RM30.

Bagaimanapun, katanya anaknya enggan memberi wang berkenaan menyebabkan menantunya itu berang dan menendang pintu rumah.

“Sebelum ini, menantu saya memang pernah mengugut untuk menyimbah asid di muka anak saya apabila menuntut bercerai, tetapi anak saya tidak ambil peduli sehingga kejadian ini berlaku.

“Sepanjang pengetahuan saya, menantu saya bukan saja pernah menampar isterinya apabila berlaku pergaduhan, malah pernah menyimbah cat rumah ke atas kepalanya, selain mencederakannya dengan api rokok.

“Menantu saya tidak bekerja dan hanya tahu meminta wang daripada anak saya yang menjual sayur di pasar, menyebabkan dia tidak tahan dengan kerenah suaminya itu dan pergi ke pejabat agama untuk menguruskan perceraian,” katanya.