Featured Posts

Minnie AjidMinnie Ajidsaya seorang wanita,wifey n ibu.mempunyai 4 orang anak hasil perkawain dengan suami saya iyaitu amirul syafiq arunatheym,saya seorang yang simple dan surirumah sepenuh masa ok tu je.

Readmore

Amirul Syafiq Arunatheym.My hubby ini lah hubby ku.dia seorang yang penyayang tapi tegas,penyabar,baik hati,ringan tulang,peramah dan caring.dia seorang yang simple tidak cerewet,rajin berkerja dan pandai buat lawak.............

Readmore

Mikail Dharma Arunatheym b.Amirul Syafiq Arunatheym, Anak saya yang pertamaMikail Dharmah dia seorang yang active bersukan,dan peramah.rajin dan penyayang. ...

Readmore

yashmeen rihanna tulsi arunatheymyashmeen rihanna tulsi arunatheymanak ku yg kedua.dia seorang yg degil tp pintar dan pandai berdikari.....

nazneen kaisara radha.nazneen kaisara rahda bte amirul syagiq arunatheym ini anak saya yang ke3,baru berumar 6 bulan lebih.dia seorang yang suka senyum dan ketawa.tengok dari gaya ia pun nakal mc, kakak n ababg nya hihi....

Readmore

Ummu Haram Binti MalhanUmmu Haram Binti MalhanUmmu Haram berangan-angan untuk dapat menyertai peperangan bersama mujahidin yang menaiki kapal untuk menyebarkan dakwah dan membebaskan manusia dari peribadatan kepada sesama hamba menuju peribadatan kepada Allah saja. Akhirnya Allah mengabulkan angan-angannya dan mewujudkan cita-citanya....

Readmore

Rss

Monday, September 6, 2010

Kerang atas darah babi

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.


KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit. 

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

so bagi kaum muslim kena berhati-hati kalau nak beli bahan2 mentah di pasar. perhatikan dulu di sekeliling anda.takut2 nanti terjadi seperti berita di atas ni.

0 comments:

Post a Comment