Tuesday, September 14, 2010
yahooo...balik kampung
Hari ini raya ke-6 dan hari ini jg kami baru mau balik kampung hehehe.org lain sibuk balik kebandar n tempat kerja.yang kami ni pulak baru mau balik kampung.tapi aku rasa bukan kami saja yang balik raya-6 di kampung maybe ramai lagi yang baru dapat beraya di kampung n baru dapat cuti hehe...sementara tunggu jam1 pm.aku mau update dulu blog ku ni.sbb akan di tinggal kan selama seminggu hehe.so dlm seminggu ni blog ku tiada penghuni hahaha.yg ada pun org yg pakai dress oren tu sj huahahha.ok guys x tau mau tulis apa lg sbb aku ni bkn terer mengarang cerita hehe nanti pandai lari skrip ku.doa kan kami sekeluarga selamat sampai ke kampung halaman kami .amin...
Tuesday, September 7, 2010
it's me n my lil gals.
New Pic
Gambar ni di ambik semasa kami nak berbuka puasa dekat hotel tiara labuan bersama family,kawan sekerja hubby,orang2 patronas dan ada lagi lah.x ingat nama company diaorg.memandangkna aku memakai new dress ku.so aku minta ambik gambar sama adik ku hehehe.ni lah jadi nya me n my new dress hehe cantik kan2.cheh perasan sendir.hahahha.tapi yang penting ptg tu hubby ku puji yang wifenya tetap maintain cute biar pun dah beranak pinak hehe...i likeeeeeeeeeeeeeeee..:)

Monday, September 6, 2010
Kerang atas darah babi
KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.
KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.
Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.
Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.
“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.
“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.
Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.
Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.
so bagi kaum muslim kena berhati-hati kalau nak beli bahan2 mentah di pasar. perhatikan dulu di sekeliling anda.takut2 nanti terjadi seperti berita di atas ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)